|
Pacik/Jasni.... Bermula sebagai hobi dan begitu gemar shoot gambar ikan apabila turun memancing. Lulusan dalam bidang art & design, berpengalaman luas dalam reka bentuk grafik dan sangat suka shoot gambar org kawen.. :) |
|
Pat / Ahmad Shariff… dulu mengusung joran. Hari ini lebih kerap mengusung senjata Nikon. Mengemari shoot candid dan sudut-sudut yang kreatif. Tapi tak la sampai meniarap depan pelamin atau depan podium. Juga meminati foto editing dan sentiasa bersedia untuk berjumpa pelanggan. |
|
Keown/Khairul... seorang peminat ikan. Kerjaya pula sebagai Penyelidik Ikan. Bukan saja ikan, foto2 serta tools kamera pun jadi bahan kajiannya. Sungguh teliti buat kerja. Pengalaman beliau yang luas dalam bidang fotografi sentiasa dikongsi bersama. Dia lah sifu kami... :) |
|
Wan/Syazwan... Ni pulak cikgu. Bukan cikgu ilmu hisab, tapi cikgu enjin motor. Mengajar di pusat kemahiran di Baling nuu.. Dia pandai ambil gambar dari sudut yang jauh-jauh.. tu yang gambar comel2. Mau tak jauh, lensa panjang dari lengan.. huhu :) Nak shoot cincin seberang sungai pun lepas. |
|
Jali a.k.a Helmi... pemain cemerlang Mafia War Game & seorang lagi kaki pancing yg terjebak dlm dunia 'framing'. Mungkin disebabkan selalu mengikuti trip memancing di kawasan yang indah dengan panorama seperti TasikKenyir dan Air Ganda dan merakam aksi pertarugan bersama hasil tangkapan, beliau sangat mengemari subjek lanskap dan candid. Di FotoIdaman, beliau dikenali sebagai Mr. Manager.
|
|
Fahmi..
Seorang lagi pemancing (yang ini lebih tegar!) terjerumus ke lembah fotografi dan menganggotai FotoIdaman sebaik sahaja memiliki peralatan menembak yang di kira lengkap. Seorang yang terlampau rajin, bersemangat dan beretika dalam menjalankan tugas. Meminati photographer Manny Librodo, beliau sedang berusaha keras untuk menjadi lebih hebat dari Librodo... |